Tuesday, 25 October 2011

15 Kata Majmuk yang ditulis dalam satu perkataan

Alhamdulillah bersua lagi  kita lagi di artikel saya yang ke dua. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan kata majmuk yang ditulis secara berdekatan dan dikecualikan daripada sistem ejaan baku. Tiada cara atau kaedah-kaedah tertentu yang boleh digunakan untuk mengenalpastinya melainkan 15 perkataan ini hendaklah dihafal dan selalu dalam makluman dan pengetahuan kita.

Perkataan yang dimaksudkan ialah:- 


bumiputera            warganegara         sukarela        
tandatangan          antarabangsa        pesuruhjaya
jawatankuasa        olahraga                matahari
kakitangan             suruhanjaya          tanggungjawab
kerjasama               beritahu                setiausaha

Kita sebagai pengguna dan pencinta bahasa melayu berharap tiada lagi kesalahan penggunaan perkataan ini, iaitu dengan cara kita menjarakkannya semasa menulis setiap perkataan yang dinyatakan ini. 

Sekian dulu buat kali ini, Insya Allah andai ada kesempatan saya akan terus mencoretkan sedikit pengatahuan yang ada untuk perkongsian bersama.

No comments:

Post a Comment